Sunday 7 August 2011

Puisi Buat Sang Kekasih

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu.

 




Disuatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yg lebih penting? Dirimu atau nyawaku? dan aku menjawab nyawaku lebih penting. lalu kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.....sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...tiada orng lain dalam hidupku dan tiada sesiapa lagi hanya kau seorng sahaja dalam hatiku...

Friday 5 August 2011

SeBeTuLnYa CinTa

cinta yg sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yg dipaterikan oleh cinta kpd Allah, janganlah kita berkhayalkerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.
Cinta, karya indah Sang Pencipta
Dimulakan di surga…
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa
Dengan kadar yang berbeza…
Beberapa hal sukar dijelaskan dengan kata-kata
Cinta salah satunya
Hanya nurani tulus
Mampu hasilkan lukisan bagus
Tentangnya…
Cinta bukanlah benda, yang terlihat
Namun irama perasaan yang mengalun memikat
Tersimpan rapi di ruang hati
Hanya kekasih sejati yang mengetahui
Cinta, karya indah Sang Pencipta
Dimulakan di surga…
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa
Dengan kadar yang berbeda…

Cinta bukanlah benda, yang terlihat
Namun irama perasaan yang mengalun memikat
Tersimpan rapi di ruang hati
Hanya kekasih sejati yang mengetahui

Thursday 4 August 2011

CinTa itu SuCi

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.